fb fb fb fb fb

Runtuhan Glasier: Tujuh maut, 14 pendaki masih hilang

ITALI, 5 Julai - Tujuh individu disahkan maut manakala 14 lagi dilapor masih hilang selepas runtuhan besar glasier Alpine di Itali, pada Isnin. 

Perdana Menteri Itali mengaitkan keruntuhan glasier Alpine yang terbesar di negara itu dengan perubahan iklim.

Usaha menyelamat dan pencarian giat diteruskan walaupun dalam keadaan mencabar berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Runtuhan itu menyebabkan gelongsoran ais, salji dan batu yang menuruni cerun gunung tersebut.


(Helikopter "Guardia di Finanzia" terbang di atas glasier Marmolada, sehari
selepas serak ais runtuh yang membunuh tujuh orang/AFP)

Runtuhan besar salji itu berlaku di Marmolada, pada ketinggian lebih 3,300 meter. Ia merupakan gunung tertinggi di Dolomites, sebuah banjaran di timur Alps Itali.

Jurucakap Kerajaan wilayah Trento berkata lapan pendaki yang cedera sedang dirawat di hospital dan keadaan mereka tidak begitu baik.

Helikopter dan anjing diguna untuk mencari mangsa yang terselamat. Runtuhan disebabkan cuaca panas luar biasa yang dikaitkan dengan pemanasan global.

Gelombang panas awal musim panas di Itali menyaksikan suhu di Marmolada mencecah 10 darjah Celsius pada Sabtu.

Media Baharu