fb fb fb fb fb

Runtuhan bumbung sekolah: Tujuh maut, puluhan dikhuatiri terperangkap

Foto Reuters

RAJASTHAN, 25 Julai – Sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak disahkan maut manakala beberapa yang lain cedera selepas bumbung sebuah bangunan sekolah runtuh di Rajasthan, barat India.

Menurut pegawai tempatan, kejadian tragis itu turut menyebabkan puluhan mangsa masih dikhuatiri terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Rakaman visual yang disiarkan menerusi saluran berita tempatan memaparkan suasana panik dan hiba di lokasi kejadian, dengan ahli keluarga mangsa kelihatan menangis teresak-esak sambil pihak berkuasa giat menjalankan operasi menyelamat menggunakan kren bagi mengalihkan serpihan konkrit.

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali memaklumkan bangunan sekolah berkenaan merupakan struktur lama, dan runtuhan dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pihak berkuasa. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN