KAHERAH, 12 April- Pemimpin kanan Hamas dijadualkan berkunjung ke Kaherah pada Sabtu bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di Gaza bersama perantara dari Mesir.
Menurut seorang pegawai Hamas yang enggan namanya didedahkan, delegasi itu akan diketuai oleh Ketua Perunding Hamas, Khalil al-Hayya.
“Kami berharap pertemuan ini akan membawa kemajuan nyata ke arah mencapai perjanjian bagi menamatkan perang, menghentikan pencerobohan, serta memastikan pengunduran penuh tentera penjajah dari Gaza.
"Hamas masih belum menerima sebarang cadangan baharu berhubung gencatan senjata, meskipun media Israel melaporkan bahawa Israel dan Mesir telah bertukar draf dokumen berkaitan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
“Namun, hubungan dan perbincangan dengan pihak perantara masih diteruskan,” katanya kepada AFP.
Beliau turut menegaskan bahawa Israel terus melakukan pencerobohan berterusan di Gaza.– AFP