fb fb fb fb fb

Rundingan diplomatik AS, mengenai Ukraine diteruskan

FOTO AFP

AMERIKA SYARIKAT, 17 Februari - Amerika Syarikat masih meneruskan rundingan diplomatik antara Rusia dan Barat mengenai Ukraine.

Bagaimanapun Presiden Joe Biden menyatakan, Rusia bakal berdepan sekatan jika menyerang negara jirannya, Ukraine.

Amerika Syarikat serta sekutunya bersedia terlibat dalam diplomasi dengan Rusia bagi meningkatkan kestabilan dan keselamatan di Eropah secara keseluruhan.

Amerika bersetuju dengan cadangan kerajaan Rusia meneruskan rundingan diplomatik dan perlu memberi ruang diplomasi .

Joe Biden memaklumkan kepada Presiden Vladimir Putin bahawa Amerika bersedia untuk terus menjalankan diplomasi peringkat tinggi dengan negara itu.

Sementara itu, Putin berkata Rusia bersedia berbincang dengan Barat mengenai beberapa isu melibatkan pengharaman peluru berpandu ke Eropah serta menyekat latihan ketenteraan di benua itu.

Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira 150,000 tentera Russia kini ditempatkan Ukraine, lebih tinggi berbanding jumlah 100,000 yang dianggarkan sebelum ini. - AFP

Media Baharu