fb fb fb fb fb

Rumah flat terbakar di Sepanyol tiga maut termasuk kanak-kanak

Kebakaran bermula kira-kira pukul 2.15 pagi waktu tempatan berjaya dikawal pihak bomba/Foto AFP

SEPANYOL, 4 Mac - Tiga terkorban termasuk seorang kanak-kanak dalam kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah bangunan berhampiran Alicante di tenggara Sepanyol.

Jurucakap pihak berkuasa berkata, empat belas penghuni lain di bangunan Villajoyosa berjaya dipindahkan dan sedang dirawat kerana terhidu asap.

Kebakaran yang bermula kira-kira pukul 2.15 pagi waktu tempatan itu berjaya dikawal pasukan penyelamat.

Tragedi itu merupakan kebakaran kedua dalam tempoh dua minggu ini selepas kebakaran terdahulu yang mengorbankan 10 orang yang dilaporkan berlaku di bandar yang sama berdekatan pelabuhan Valencia.

Kebakaran di Valencia itu telah memusnahkan sebuah bangunan setinggi 14 tingkat dan blok bersebelahan 10 tingkat yang menempatkan keseluruhan 138 flat.

Pakar berkata, bangunan itu ditutup dengan lapisan mudah terbakar yang menjadi faktor utama kebakaran merebak dengan cepat. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN