fb fb fb fb fb

Rogol berkumpulan, Robinho diarah jalani hukuman penjara sembilan tahun di Brazil

Robinho / FOTO AFP

BRASILIA, 21 Mac- Bekas penyerang Manchester City dan Real Madrid; Robinho mesti menjalani hukuman rogol sembilan tahun yang dikenakan ke atasnya oleh mahkamah Itali di Bazil.

Hakim di Brasilia memutuskan perkara itu pada Rabu.

Mahkamah memutuskan dengan sembilan undi berbanding dua menyokong permintaan Itali supaya Robinho menjalani hukuman di negara asalnya selepas didapati bersalah mengambil bahagian dalam rogol berkumpulan seorang wanita Albania yang meraikan ulang tahunnya yang ke-23 di kelab malam Milan pada 2013. .

Peguam berkata Robinho, yang tidak hadir pada perbicaraan tersebut akan kekal bebas sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu.

Robson de Souza, lebih dikenali sebagai 'Robinho,' telah disabitkan bersalah oleh mahkamah Itali pada 2017.

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu, kini berusia 40 tahun, ketika melakukan jenayah itu, dia bermain untuk AC Milan.

Hukumannya dikekalkan oleh mahkamah tertinggi Itali pada 2022, selepas itu pendakwa raya Itali mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuknya.

Dia juga pernah kalah di Mahkamah Rayuan Milan pada 2020.

Brazil tidak mengekstradisi warganya, bagaimanapun Itali meminta Robinho menjalani hukuman di negara asalnya.

Pemain bola sepak itu, yang kekal dengan pengakuan tidak bersalah, memberitahu TV Record rangkaian televisyen Brazil dalam satu temu bual yang disiarkan pada Ahad bahawa hubungan seks itu adalah atas suka sama suka.

"Saya tidak pernah menafikannya (pertemuan itu). Saya boleh menafikannya (rogol) kerana DNA saya tidak ada, tetapi saya bukan pembohong."

Dia juga menuduh sistem keadilan Itali sebagai perkauman.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE