MEXICO, 17 Jun- Para nelayan dan pelancong di sepanjang pesisir Pasifik Mexico mula mengambil langkah berjaga-jaga ketika Ribut Tropika Erick semakin kuat di perairan dan dijangka membadai daratan.
Di destinasi pelancongan popular Puerto Escondido, Oaxaca, para nelayan dan pengusaha pelancongan memindahkan bot ke kawasan perlindungan, manakala pelawat mendapatkan maklumat dan membuat persiapan menghadapi ribut berkenaan.
Agensi meteorologi Mexico, Conagua, meramalkan taufan itu dengan alur tekanan rendah dan gelombang tropika, yang bakal membawa hujan lebat bersifat setempat ke negeri Guerrero dan Oaxaca antara malam Selasa (17 Jun) hingga awal pagi Rabu (18 Jun).
Kelajuan angin dijangka antara 60 hingga 80 kilometer sejam, dengan ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter di sepanjang pesisir Oaxaca.
Menurut skala Saffir-Simpson di perairan pesisir Oaxaca, kekuatan Erick dijangka bertukar kepada taufan Kategori 1 dan berkemungkinan meningkat ke Kategori 2 sebelum membadai kawasan pesisir Oaxaca dan Guerrero pada Khamis.
Ia merupakan taufan kedua yang melanda pesisir Pasifik Mexico bagi musim ini, selepas Taufan Barbara.- REUTERS