JAKARTA, 18 Jun- Berpuluh-puluh penerbangan ke dan dari pulau peranginan Indonesia, Bali dibatalkan selepas gunung berapi Lewotobi Laki-Laki di timur negara itu meletus.
Antara penerbangan dibatalkan termasuk Jestar dan Virgin Australia, Air India, Air New Zealand, TigerAir Singapura dan Juneyao Airlines, China.
Beberapa penerbangan domestik AirAsia yang berlepas ke Labuan Bajo di Flores juga dibatalkan.
"Ngurah Rai masih beroperasi seperti biasa tetapi ia bergantung kepada jadual penerbangan dan laluan serta syarikat penerbangan," kata seorang ejen perkhidmatan pelanggan lapangan terbang Bali yang enggan memberikan nama mereka kepada AFP.
Pihak berkuasa tempatan turut menaikkan status amarannya ke tahap tertinggi.
Dalam satu kenyataan lain, agensi bencana negara itu memaklumkan, beberapa penduduk juga telah dipindahkan.
Tiada laporan kematian atau kerosakan diterima setakat artikel ini dikeluarkan.
Pada November lalu, sembilan orang terkorban serta ribuan penduduk dipindahkan akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki. -AFP