QUETTA, 18 Jun- Beratus-ratus pelajar dan penduduk yang terkandas di Iran mula dipindahkan susulan serangan berterusan Israel ke atas negara berkenaan.
Pesuruhjaya Quetta, Muhammad Hamza Shafqaat berkata, 545 jemaah haji dan 207 pelajar dikumpulkan di Quetta, ibu negara wilayah Balochistan yang bersempadan dengan Iran sebelum dihantar ke kediaman masing-masing di seluruh Pakistan.
Pakistan menutup lintasan sempadannya dengan Iran di Panjgur sepenuhnya akibat ketegangan yang semakin memuncak.
Bagaimanapun sempadan di Taftan masih beroperasi untuk penghantaran pulang penduduk serta aktiviti perdagangan.
Terdahulu, sekumpulan 214 pelajar Pakistan yang belajar di institusi perubatan dan kejuruteraan di Iran tiba di sempadan Taftan dari Tehran. -RUETERS