fb fb fb fb fb

Ribut Tropika Bualoi: Tiga maut, 400,000 dipindahkan di Filipina

Di wilayah Masbate, bumbung sebuah gereja yang dijadikan pusat perlindungan diterbangkan angin/Foto AFP

MANILA, 26 September - Sekurang-kurangnya tiga maut dan hampir 400,000 penduduk dipindahkan apabila Ribut Tropika Bualoi membadai selatan Luzon, Filipina.

Pegawai pertahanan awam di wilayah Bicol berkata mangsa maut akibat tembok runtuh dan pokok tumbang.

Manakala ribut dengan kelajuan 110 kilometer sejam turut merosakkan rumah, jalan serta kemudahan awam.

Di wilayah Masbate, bumbung sebuah gereja yang dijadikan pusat perlindungan diterbangkan angin, menyebabkan beberapa kanak-kanak cedera ringan.

“Ini antara angin paling kuat pernah saya alami,” kata jurutera perbandaran Jerome Martinez.

Pasukan penyelamat melaporkan banyak jalan terhalang akibat pokok tumbang dan tiang elektrik, sementara rakaman media sosial menunjukkan penduduk menggunakan bot atau meredah banjir paras pinggang di kawasan Visayas.

Filipina yang terletak di laluan taufan Pasifik dilanda purata 20 ribut setiap tahun, dengan saintis memberi amaran fenomena perubahan iklim menjadikan ribut semakin kuat dan kerap - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN