fb fb fb fb fb

Ribut Tropika Barry landa Mexico, San Luis Potosi terjejas teruk

Foto REUTERS

MEXICO, 2 Julai- Hujan lebat yang dikaitkan dengan Ribut Tropika Barry mengakibatkan kerosakan besar di negeri San Luis Potosi, di tengah Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan.

Ribut berkenaan mula membadai daratan pada Ahad lalu, sebelum bergerak ke kawasan pedalaman, yang membawa hujan lebat ke beberapa negeri termasuk Veracruz, Tamaulipas dan San Luis Potosi.

Penduduk di Santa Maria del Rio mula menjalankan kerja-kerja pembersihan serta membuang barangan rumah yang rosak akibat banjir.

Di bandar Tamazunchale, pihak berkuasa tempatan memaklumkan ratusan kediaman mengalami kerosakan akibat hujan lebat yang berterusan. Beberapa kenderaan yang diparkir tenggelam sepenuhnya.

Datuk Bandar Tamazunchale, Adelaido Cabanas, berkata tahap kerosakan yang berlaku adalah diluar jangkaan dan ada penduduk yang kehilangan semua harta benda. Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN