WASHINGTON, 17 Januari- Lebih 235 ribu penduduk timur Amerika Syarikat terjejas akibat ribut salji dan ais tebal.
Selain negara terbabit, fenomena alam itu turut menjejaskan tenggara dan pantai Mid-Atlantik sebelum bergerak ke New England dan selatan Kanada.
Kejadian menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memaklumkan, ribut itu membawa kombinasi salji lebat, hujan batu dan angin kencang.
Trafik terganggu dengan serius selain ribuan penerbangan dibatalkan.
Turut ditutup sebahagian lebuh raya antara negeri di North Carolina.
Amaran kesesakan dari selatan Arkansas hingga ke timur laut Maine dikeluarkan.
Ribut turut mengakibatkan puting beliung di Florida dan banjir di bahagian pantai.
Media tempatan melaporkan lebih 80 juta orang terjejas akibat amaran cuaca musim sejuk.
Setakat ini Georgia, Virginia dan North Carolina sudah mengisytiharkan darurat.- AFP