fb fb fb fb fb

Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di seluruh dunia

Foto AFP

LONDON, 6 Oktober- Ribuan penunjuk perasaan berarak di bandar-bandar utama di seluruh dunia pada Sabtu bagi memperingati setahun serangan ganas Israel di Gaza, esok dan menggesa gencatan senjata segera di wilayah itu dan Lubnan.

Penyokong pro-Palestin bertindak berkumpul di bandar-bandar utama di Eropah, Afrika dan Amerika Syarikat menuntut konflik dihentikan, yang telah meragut hampir 42,000 nyawa.

Di Rome, Itali, ribuan orang berkumpul dan berarak. Demonstrasi bertukar ganas apabila pasukan keselamatan cuba menyuraikan dengan menembak gas pemedih mata dan meriam air.

Manakala, di Madrid, Sepanyol kira-kira 5,000 orang yang turun memenuhi jalan raya membawa sepanduk 'Boikot Israel' dan di Dublin, beberapa ratus orang turun ke jalan, mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan 'gencatan senjata sekarang!

Sementara itu, lebih 1,000 penunjuk perasaan mengadakan perarakan di Berlin, Jerman dan 26 orang ditahan kerana bertempur dengan polis.

Demonstrasi turut tercetus di United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Switzerland, Greece dan Venezuela. Rata-rata penduduk menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Dalam pada itu, beberapa siri lagi demostrasi dirancang diadakan hari ini termasuk di Amerika Syarikat, Australia, Filipina dan Argentina.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan tentera Israel terhadap penduduk Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 41,825 orang maut, kebanyakannya orang awam.

ROSLINA BINTI DIN