HATAY, 1 Julai– Kebakaran hutan yang tercetus berhampiran kawasan kediaman di wilayah Hatay, Turkiye pada Isnin memaksa pemindahan penduduk secara besar-besaran., menurut pihak berkuasa tempatan.
Gabenor wilayah, Mustafa Masatli, memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 20 buah rumah telah dikosongkan, dan penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke dewan kediaman sementara yang disediakan.
Agensi Pengurusan Kecemasan dan Bencana Turki (AFAD) pula mengesahkan bahawa lebih 50,000 orang telah dipindahkan dari lima kawasan terjejas akibat kebakaran, termasuk lebih 42,000 orang dari wilayah Izmir.
Kebakaran hutan semakin menjadi isu serius di beberapa bahagian Turkiye, terutama pada musim panas, susulan cuaca kering dan suhu ekstrem yang meningkat akibat perubahan iklim.-REUTERS