fb fb fb fb fb

Elon Musk kritik RUU cukai dan perbelanjaan Trump

Elon Musk/ Foto Reuters

WASHINGTON, 1 Julai- Jutawan teknologi, Elon Musk, mengulangi kritikan terhadap rang undang-Undang pemotongan cukai dan perbelanjaan besar-besaran yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan berikrar untuk menyingkirkan ahli politik yang menyokong rang undang-undang tersebut.

Musk menerusi hantaran di platform media sosial X, menyatakan bahawa para penggubal undang-undang yang menyokong langkah itu “patut menundukkan kepala kerana malu”.

Beliau juga menyeru penubuhan parti politik baharu yang benar-benar mengambil berat tentang rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa minggu Musk berdiam diri susulan perselisihannya dengan Trump mengenai kandungan dan implikasi rang undang-undang tersebut.

Beliau kembali menyertai perdebatan awam pada 28 Jun lalu, ketika Dewan Senat mula membahaskan pakej dasar berkenaan yang melibatkan pemotongan cukai korporat serta peningkatan besar dalam perbelanjaan infrastruktur dan keselamatan sosial.

Kritikan Musk terhadap rang undang-undang itu telah menyebabkan hubungannya dengan Trump, semakin tegang.

Musk sebelum ini menyumbang hampir AS$300 juta untuk kempen pemilihan semula Trump dan mengetuai agensi baharu yang kontroversi iaitu Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), sebagai inisiatif mengurangkan kos persekutuan.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN