SICHUAN, 1 Julai - Seramai 72,866 penduduk dipindahkan di beberapa kawasan di wilayah Sichuan, barat daya China ekoran hujan lebat yang melanda selama 24 jam.
Angka itu direkodkan pejabat markas pencegahan dan kawalan bencana geologi Sichuan sehingga pagi semalam.
Di Bandar Bazhong, banyak kedai dinaiki air di zon pembangunan ekonomi tempatan yang turut menyaksikan plat pelindung keluli di beberapa bangunan kediaman diterbangkan ribut.
Hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan pertanian di Bandar Bazhong dilanda banjir.
Di Daerah Zizhong, Bandar Neijiang, seramai 1,132 penduduk dipindahkan ke lokasi selamat, termasuk hotel berikutan hujan lebat yang mengakibatkan tanah runtuh sehingga mengganggu laluan trafik di jalan kampung.
Di Bandar Suining pula, seramai 393 penduduk dipindahkan.
Pasukan bomba turut membantu mengalihkan kenderaan yang terperangkap di jalan raya yang dinaiki. - REUTERS