fb fb fb fb fb

Ribuan berhimpun di New York City tanda solidariti terhadap Palestin

(FOTO REUTERS)

NEW YORK, 14 Oktober- Agensi penguatkuasa undang-undang AS meningkatkan langkah keselamatan untuk melindungi masyarakat Yahudi dan Islam di tengah-tengah protes berhubung pertumpahan darah Israel-Arab di Timur Tengah, ketika beribu-ribu penunjuk perasaan pro-Palestin turun ke jalan raya di New York City.

Berduyun-duyun penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Times Square di Manhattan, menuntut kemerdekaan Palestin dan mengecam Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu ketika kerajaannya mempergiatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza sebagai tindakan balas terhadap gelombang serangan mengejut di Israel oleh Hamas.

Penunjuk perasaan, ramai yang memakai topeng untuk menyembunyikan identiti mereka daripada apa yang mereka katakan sebagai kebimbangan terhadap keselamatan mereka sendiri, melaungkan slogan seperti "Bebaskan Palestin," dan "Netanyahu, apa yang anda katakan? Berapa ramai kanak-kanak yang telah kamu bunuh hari ini?”

Perhimpunan itu diadakan ketika polis di New York dan bandar-bandar AS lain berkata mereka meningkatkan rondaan di sekitar rumah ibadat, masjid dan institusi Yahudi dan Islam lain, walaupun pihak berkuasa menegaskan mereka tidak mengetahui sebarang ancaman khusus atau boleh dipercayai.

Israel dalam beberapa hari kebelakangan ini telah meningkatkan serangannya ke atas Gaza.

Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 1,900 rakyat Palestin dalam pengeboman udara ke atas Gaza dan mengarahkan lebih 1 juta penduduk Palestin di bahagian utara kawasan itu untuk melarikan diri ke selatan bagi mengelakkan serangan dalam tempoh 24 jam.

Demonstrasi di Amerika Syarikat menyaksikan puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Timur Tengah dan di bahagian Asia dan Eropah untuk menyokong rakyat Palestin dan mengutuk tindakan zalim Israel.- REUTERS


(Penguatkuasa undang-undang AS meningkatkan langkah keselamatan ketika protes berlaku/ REUTERS)

Media Baharu