fb fb fb fb fb

Remaja Rusia suntik vaksin baru Sputnik M

FOTO AFP

ST.PETERSBURG, 15 Februari - Remaja di Rusia mula menerima vaksin versi baharu dikenali Sputnik M yang dihasilkan bagi menangani peningkatan kadar jangkitan COVID-19 di negara itu.

Kementerian Kesihatan Rusia mengumumkan, versi baharu vaksin Sputnik itu dikhaskan untuk kumpulan umur yang lebih muda iaitu dari 12 hingga 19 tahun.

Vaksin Sputnik M untuk remaja itu dibangunkan oleh Pusat Gamaleya dan didaftrakan oleh Kementerian Kesihatan negara itu pada hujung November tahun lalu.

Jurucakap hospital kanak-kanak Nizhniy Novgorod, Lyudmila Kira Saranova berkata, terdapat pemintaan tinggi terhadap vaksinasi remaja berikutan banyak panggilan daripada ibu bapa diterima berhubung prosedur dan janji temu mendapatkan suntikan.

Ia berikutan berlaku peningkatan ketara COVID-19 di Rusia beberapa minggu ini yang sebahagian besarnya disebabkan varian Omicron.-AFP

Media Baharu