fb fb fb fb fb

Remaja mati lemas ketika menjala

(FOTO JBPM JOHOR)

KULAI, 20 Mei- Seorang remaja lelaki ditemukan lemas dalam sungai semasa menjala bersama tiga rakan lain berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Merbau 3, Bandar Putra, Kulai, Johor, semalam.

Mangsa ditemukan pukul 5.54 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan dua Baharuddin Mohd Omar berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 4.53 petang dan enam anggota bersama sebuah jentera digerak ke lokasi kejadian.

Remaja tersebut disahkan meninggal dunia dan diserah kepada polis.

Operasi tamat pukul 6.31 petang.


(FOTO JBPM JOHOR)

Media Baharu