fb fb fb fb fb

Gempa bumi landa timur New Caledonia - USGS

SYDNEY, 20 Mei- Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda di Lautan Pasifik di timur New Caledonia pada Sabtu, kata Kajian Geologi AS, sehari selepas gempa besar melanda kawasan yang sama.

Pusat gempa itu sedalam 35 kilometer dan terletak kira-kira 300 kilometer di timur kepulauan New Caledonia, katanya.

Sebarang gelombang tsunami dijangka kurang daripada 0.3 meter, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam kemas kini terbaharunya.

Sebelum ini amaran dikeluarkan, kerana ombak itu mungkin sampai ke pulau-pulau Pasifik Fiji, Kiribati, Vanuatu dan Wallis dan Futuna dalam lingkungan 300 kilometer dari pusat gempa.

Pada Jumaat, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala richter di kawasan yang sama menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke tempat yang lebih tinggi kerana takut dengan ombak besar.

Bagaimanapun, amaran tsunami ditarik balik beberapa jam kemudian.- AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu