fb fb fb fb fb

Bas HOHO bakal rancakkan sektor pelancongan Selangor

SEPANG, 20 Mei- Sektor pelancongan negeri Selangor terus dirancakkan menerusi pelancaran Bas Pelancongan Hop On Hop Off (HOHO) Selangor yang pertama di negeri itu.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian berkata perkhidmatan bas pelancongan HOHO diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong melalui kempen "Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!".

"Ketika ini, perkhidmatan bas pelancongan itu tertumpu di lokasi pelancongan sekitar daerah Sepang dengan inisiatif meningkatkan ekonomi setempat khususnya aktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sekitar pergerakan lingkaran bas yang menjadi tumpuan pelancong.

“Selain menyasarkan pelancong domestik, produk pelancongan ini juga memberi pilihan kepada pelancong antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 untuk melancong di kawasan sekitar semasa transit yang lama sebelum meneruskan penerbangan seterusnya.

"Cara pembelian tiket boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuklah melalui transaksi dalam talian menerusi aplikasi mudah alih 'Go Selangor', pihak agensi pelancongan atau kiosk yang bertempat di hotel dan lapangan terbang," katanya kepada pemberita di sini.


(Sektor pelancongan negeri Selangor terus dirancakkan menerusi pelancaran
Bas Pelancongan Hop On Hop Off (HOHO) Selangor yang pertama
di negeri itu)

Media Baharu