PETALING JAYA, 20 Mei- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di tenggara Kepulauan Loyalty pada 10.10 pagi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa berpusat di 22.9 darjah Selatan 170.7 darjah Timur dengan kedalaman 93 kilometer.
"894 kilometer jarak Barat Daya dari Nadi, Fiji," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
(Gempa bumi kuat landa Tenggara Kepulauan Loyalty)