fb fb fb fb fb

Kes penyakit lembu gila dikesan di AS

(FOTO HIASAN)

WASHINGTON, 20 Mei- Satu kes penyakit lembu gila telah dikesan di Amerika Syarikat pada seekor lembu pedaging di pusat penyembelihan di South Carolina pada Ahad.

Jabatan Pertanian AS bagaimanapun berkata dalam satu kenyataan bahawa haiwan itu tidak memasuki saluran penyembelihan dan tidak menimbulkan risiko kepada rantaian bekalan makanan atau kesihatan manusia di negara itu.

Agensi itu berkata bahawa ia hanya kes terpencil dan pihaknya tidak menjangkakan sebarang kesan perdagangan akibat penemuan tersebut.

Penyakit lembu gila atau bovine spongiform encephalopathyBSE dikaitkan dengan penyakit Creutzfeldt-Jakob yang membawa maut kepada manusia jika daging yang tercemar dimakan.

Varian atipikal secara sporadik berlaku pada lembu yang lebih tua, manakala bentuk klasik tersebar apabila petani memberi makan ternakan mereka dengan daging dan tulang haiwan yang dijangkiti.

Bentuk klasik menimbulkan lebih bahaya kepada manusia.

Ini adalah kali ketujuh BSE dikesan di Amerika Syarikat sejak 20 tahun lalu.

Kes BSE yang lalu di Amerika Syarikat, Kanada, Israel, Eropah dan Jepun telah menyebabkan gangguan kepada perdagangan makanan global bernilai berbilion dolar.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu