ARGENTINA, 20 Mei- Pegawai Argentina dan kumpulan kebajikan haiwan Four Paws menyelamatkan dua ekor harimau Bengal yang dikurung di sebuah kandang persendirian haram di tenggara Argentina.
Menurut Doktor Veterinar Four Paws Amir Khalil, "kami sangat gembira kerana berjaya membawa dua harimau itu. Seekor dibius, seekor lagi tanpa bius.
"Proses pengeluaran anak harimau itu mengambil masa yang lebih lama namun akhirnya, kami berjaya membawanya keluar."
Kementerian Alam Sekitar Argentina dalam satu kenyataan, "haiwan, berumur lima dan setahun setengah tahun itu kekurangan zat makanan."
Semasa operasi menyelamat, doktor membius anak harimau manakala seekor lagi dibawa ke sangkar pengangkutan oleh bekas pemiliknya.
Jelas Amir, "kami memberi mereka mikro cip dan beberapa jenis ubat. Kami dalam perjalanan pulang ke Buenos Aires dan masih mempunyai perjalanan yang panjang, kira-kira 5 hingga 6 jam, dengan dua hentian untuk memeriksa harimau tersebut.
"Satu lagi hentian adalah di Istanbul untuk menuju ke Jordan."
Haiwan itu akan dipindahkan ke Tempat Perlindungan Semula Jadi dan Hidupan Liar Al Ma'wa di Jordan, yang diuruskan oleh Four Paws dengan kerjasama Yayasan Puteri Alia.- REUTERS
(Amir Khalil/REUTERS)