(Foto JBPM Johor)
JOHOR BAHRU, 20 Mei- Seorang remaja berusia 13 tahun yang jatuh ke dalam Sungai Masai, Pasir Gudang di sini semalam ditemukan mati lemas pada pukul 7.38 pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata mayat Zahir Ajmal Mohd Idris ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dia lemas menerusi operasi pencarian di permukaan dan selaman oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
"Mayat mangsa pertama, Mohd Danish Ahmad, 11 tahun ditemukan pada pukul 5.06 pagi tadi, kira-kira 50 meter dari lokasi dia jatuh.
"Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.31 malam semalam.
"Seramai 13 anggota BBP Pasir Gudang bersama enam anggota PPDA Skudai digerakkan ke lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan.
(Foto JBPM Johor)