(Foto JBPM Johor)
PASIR GUDANG, 20 Mei- Seorang kanak-kanak 11 tahun maut manakala seorang remaja berusia 13 tahun masih hilang selepas jatuh ke dalam Sungai Masai di sini semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata mangsa lemas, Mohd Danish Ahmad ditemukan pada pukul 5.06 pagi tadi kira-kira 50 meter dari lokasi dia jatuh.
"Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.31 malam semalam.
"Seramai 13 anggota BBP Pasir Gudang bersama enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Skudai digerakkan ke lokasi kejadian.
"Operasi menyelam dibuat bermula pada pukul 4.28 pagi tadi.
"Operasi mencari mangsa hilang, Zahir Ajmal Mohd Idris masih diteruskan.
"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan.
(Foto JBPM Johor)