fb fb fb fb fb

Presiden Ukraine akan hadir Sidang Kemuncak G7

TOKYO, 20 Mei- Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy akan menghadiri sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) Hiroshima pada Ahad dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

Perkara itu diumumkan Kementerian Luar Jepun pada Sabtu.

Zelenskiy akan mengambil bahagian dalam sesi mengenai keamanan dan keselamatan bersama pemimpin G7 dan negara-negara yang dijemput, menurut kementerian luar.

Presiden Ukraine itu dijangka tiba di Hiroshima pada Sabtu, dan mengadakan pertemuan dua hala dengan peserta lain sidang kemuncak G7.- REUTERS

(Volodymyr Zelenskiy/REUTERS)

Media Baharu