fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Sepanyol, lebih 600 orang dipindahkan

(Foto REUTERS)

HERNAN-PEREZ, 20 Mei- Kebakaran hutan di barat Sepanyol telah merebak dan memusnahkan 19,800 ekar hutan berhampiran sempadan dengan Portugal.

Menurut pihak berkuasa, insiden tersebut turut memaksa lebih 600 orang meninggalkan kediaman.

"Keadaan cuaca yang berangin menyukarkan usaha pihak berkuasa mengawal kebakaran di kawasan hutan di Las Hurdes dan Sierra de Gata di wilayah Extremadura.

"Penduduk dipindahkan dari tiga perkampungan iaitu Cadalso, Descargamaría dan Robledillo de Gata.

"Tiga jalan menghubungkan kampung tersebut telah ditutup.

"Lebih 260 anggota bomba dan 600 anggota tentera telah dikerah untuk memadamkan kebakaran itu," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Presiden wilayah Extremadura, Guillermo Fernandez Vara berkata musim kering dan sejuk yang luar biasa serta kekurangan taburan hujan di Sepanyol selepas tiga tahun meningkatkan risiko kebakaran hutan.

Tahun lalu, kira-kira 493 kebakaran direkodkan memusnahkan 307,000 ekar tanah di negara berkenaan.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu