fb fb fb fb fb

Remaja 16 tahun serang balai polis

Datuk Bandar Izmir Cemil Tugay mengecam serangan tersebut yang disifatkannya sebagai khianat. - Foto AFP

ISTANBUL, 8 September - Seorang remaja berusia 16 tahun diberkas selepas terlibat dalam insiden tembakan di sebuah balai polis berhampiran bandar Izmir.

Serangan tersebut menyebabkan dua anggota polis terbunuh manakala dua lagi cedera.

Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya dalam laman sosial X.

Sebuah rakaman yang disiarkan dalam media tempatan menunjukkan seorang individu membawa senapang.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Izmir Cemil Tugay mengecam serangan tersebut yang disifatkannya sebagai khianat.

Beliau pada masa sama turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.-AFP

JALALUDDIN BIN BAHARIN