GAZA, 9 September - Rejim Zionis mahu bertindak dengan kekuatan lebih besar di Gaza dalam usaha untuk mengusir penduduk keluar dari tanah air mereka.
Perkara berkenaan diumumkan Israel melalui salah seorang pegawai tentera kanannya dalam laman sosial X.
"Kepada semua penduduk Kota Gaza, pasukan pertahanan bertekad menggunakan kekuatan yang lebih besar. Sila berpindah serta merta melalui laluan Al-Rashid.
Kekejaman tentera negara haram itu di Gaza tiada kesudahan dengan pengeboman tanpa henti selain menghalang bantuan kemanusiaan, sekali gus mencetuskan krisis kebuluran.
Sejak Oktober 2023, angka korban di Gaza terus meningkat kepada 64,455 orang.
Dalam tempoh 48 jam lalu, hospital di seluruh Gaza merekodkan 87 kematian dan 409 kecederaan.