fb fb fb fb fb

Ratusan ribu berhimpun di Belgrade, desak pilihan raya umum lebih awal

Polis Serbia menahan seorang lelaki ketika penunjuk perasaan bertempur dengan Polis di Belgrade. Foto AFP

BELGRADE, 29 Jun - Kira-kira 140,000 penunjuk perasaan berhimpun di Belgrade, meningkatkan gesaan terhadap pemerintah untuk mengadakan pilihan raya umum lebih cepat.

Protes bermula di dataran Belgrade dan merebak ke beberapa jalan utama di sekitarnya.

Tindakan peserta yang bertindak liar menyebabkan tercetusnya pertempuran dengan polis antirusuhan.

Pengarah Polis Serbia, Dragan Vasiljevic berkata, pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan bom asap bagi menyuraikan orang ramai.

"Berpuluh-puluh ditahan, manakala enam pagawai polis dan dua orang awam cedera dalam pergelutan itu," kata Vasiljevic.

Himpunan kali ini dipimpinan gerakan pelajar yang menyeru rakyat Serbia turun menuntut keadilan, termasuk berkaitan kes ketidakupayaan kerajaan berhubung tragedi runtuhan bumbung stesen kereta api di bandar Novi Sad, tahun lalu. -AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI