BEIRUT, 29 Jun - Serangan dron Israel membunuh 3 orang di selatan Lubnan pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.
Serangan tentera Zionis yang menyasarkan sebuah kereta di Kunin itu membunuh seorang lelaki dan mencederakan seorang yang lain.
Ia didakwa cubaan untuk membunuh salah seorang pemimpin Hizbullah, Hassan Muhammad Hammoudi.
Sementara itu, dalam satu serangan berasingan di kawasan kejiranan di Mahrouna, dua dilaporkan maut termasuk seorang wanita.
Seperti terdahulu, Zionis mendakwa serangan itu juga menyasarkan pejuang Hizbullah, kali ini Abbas Al-Hassan Wahbi.
Wahbi dituduh sebagai pegawai perisikan Hizbullah yang terlibat dalam usaha membina semula kumpulan itu di Lubnan dan menjadi perancang utama pemindahan senjata.
Dalam pada itu, Ketua Hizbullah, Naim Qassem, dalam ucapanya di televisyen berkata pencerobohan berterusan oleh Israel tidak boleh dibiarkan berterusan.
"Lubnan mesti memberikan tekanan, dan ia mesti memenuhi semua tugasnya.
"Kita tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Tidak. Semuanya ada had," katanya sambil menegaskan Hizbullah telah menangguhkan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.
Di bawah perjanjian gencatan senjata itu, Hizbullah akan menarik pejuangnya kembali ke utara sungai Litani, kira-kira 30 kilometer (20 batu) dari sempadan Israel, menjadikan tentera Lubnan dan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu-satunya pasukan bersenjata di rantau itu. -AFP