fb fb fb fb fb

Ratusan penduduk Paris tuntut gencatan senjata di Gaza, henti genosid

Foto Reuters

PARIS, 1 Ogos- Ratusan penduduk Paris turun ke jalan raya pada Khamis bagi menuntut gencatan senjata di Gaza serta menghentikan tindakan yang disifatkan sebagai “genosid” terhadap penduduk wilayah itu.

Para penunjuk perasaan mengetuk periuk dan melaungkan “Kita semua rakyat Palestin", selain mendesak agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke wilayah Palestin yang dikepung.

Sebuah badan pemantau kelaparan global pada Selasa melaporkan bahawa senario kebuluran sedang berlaku di Gaza, dengan kadar malnutrisi meningkat mendadak, kanak-kanak bawah lima tahun meninggal dunia akibat kelaparan serta akses kemanusiaan yang amat terhad.

Israel menegaskan pihaknya tidak berniat untuk menyebabkan kebuluran di Gaza dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan melakukan genosid.

Minggu ini, Israel mengumumkan beberapa langkah bagi membenarkan lebih banyak bantuan masuk, termasuk menghentikan pertempuran di beberapa lokasi, menjatuhkan makanan dari udara dan menyediakan laluan lebih selamat. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM