fb fb fb fb fb

Junta umum tarikh pilihan raya Myanmar Disember depan

Pemimpin Junta Myanmar, Min Aung Hlaing/Reuters

NAYPYIDAW, 1 Ogos- Pemimpin Junta Myanmar, Min Aung Hlaing pada Khamis mengumumkan bahawa pengundian bagi pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada Disember dan Januari depan, berikutan kebimbangan keselamatan.

Menurut laporan media tempatan, kenyataan tersebut diumum pada mesyuarat bersama ketua pertahanan dan keselamatan negara.

Pada hari sama, tentera Myanmar secara kecil memindahkan kuasa kepada kerajaan sementara yang diterajui awam menjelang pilihan raya dirancang.

Namun, Min Aung Hlaing kekal sebagai pemimpin de facto negara itu melalui peranannya sebagai pemangku presiden.

Pengumuman di media rasmi menyatakan bahawa dekri yang memberikan kuasa kepada tentera selepas rampasan kuasa pada 2021 telah dibatalkan dan sebuah pentadbiran sementara serta suruhanjaya khas bagi memantau pilihan raya telah dibentuk.

Myanmar terus bergolak sejak kudeta menggulingkan kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi, yang mencetuskan perang saudara antara tentera dan kumpulan pemberontak.

Tentera berdepan dakwaan melakukan kekejaman meluas, namun mereka menafikan tuduhan tersebut. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM