fb fb fb fb fb

Ratusan pejuang iringi pengebumian Marwan Issa di Gaza

Foto AFP

BUREIJ, 8 Februari- Ratusan pejuang Hamas dan orang ramai berkumpul di kem pelarian Bureij di Gaza pada Jumaat bagi pengebumian Marwan Issa, timbalan ketua sayap bersenjata pergerakan tersebut yang terbunuh dalam serangan Israel.

Kumpulan pejuang Briged Ezzedine Al-Qassam, sayap bersenjata kumpulan itu, memenuhi jalan-jalan di kem Gaza tengah untuk perarakan pengebumian. Kumpulan pejuang itu membawa senapang dengan hanya mata yang kelihatan disebalik topeng hitam.

Tentera Israel mengaku telah membunuh Marwan dalam serangan udara pada Mac 2024. Bagaimanapun, Hamas mengesahkan kematian Marwan pada 30 Januari lalu ketika gencatan senjata.

Kumpulan itu juga mengumumkan kematian ketua tentera Al-Qassam, Mohammed Deif, yang dibunuh Israel dalam serangan udara pada bulan Julai serta beberapa pejuang dan komander lain.

Keranda Issa yang ditutup dengan bendera hijau Hamas dan Palestin serta dihiasi dengan potretnya diusung tinggi oleh pejuang semasa perarakan. Solat Jumaat sebelum pengebumian diadakan di sebuah stadium sukan di kem tersebut.

"Jangan fikir bahawa perjuangan berakhir dengan pembunuhan pemimpin besar Marwan Issa", kata seorang pejuang yang hadir pada upacara pengebumian tersebut.

"Kami mempunyai ramai pejuang dan kami sentiasa bersedia untuk anda", katanya.

Israel telah menuduh Marwan sebagai salah seorang dalang disebalik serangan pada 7 Oktober 2023.-AFP

ROSLINA BINTI DIN