fb fb fb fb fb

Ratusan kanak-kanak asli Peru dakwa dirogol dan didera secara seksual di sekolah

FOTO HIASAN

LIMA, 18 Jun- Kerajaan Peru akan menyiasat dakwaan penderaan seks yang dilaporkan oleh ratusan kanak-kanak asli terhadap guru di kawasan pedalaman di negara Amerika Selatan itu.

Sebanyak 524 kes rogol dan penderaan sex dilaporkan sejak 2010 oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki daripada kumpulan penduduk asli Awajun yang bersekolah di sekolah awam di wilayah Condorcanqui di utara Peru.

Dakwaan salah laku di asrama sekolah itu didedahkan bulan lalu oleh Rosemary Pioc, wakil persatuan wanita Awajun.

"Kami perlu menyiasat fakta, kami akan berdiri bersama mangsa," kata jurucakap kerajaan Alberto Adrianzen kepada wartawan asing pada Isnin.

"Kami menolak semua bentuk penderaan seksual."

Pengumuman siasatan dibuat selepas dua menteri kerajaan mencetuskan kemarahan seluruh negara selepas menyamakan dakwaan penderaan itu dengan amalan budaya.

"Rogol bukan amalan dalam komuniti kita," kata Pioc kepada radio RPP pada hari Isnin.

Adrianzen berkata mangsa "perlu menerima penjagaan kesihatan menyeluruh" termasuk bantuan psikologi dan rawatan HIV, jika perlu.

Ombudsman hak asasi manusia Peru menggesa pada Isnin supaya guru yang terlibat dibuang serta-merta.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE