fb fb fb fb fb

Ratu Elizabeth II tutup tirai sambutan bersejarah Jubli Platinum

(Ratu Elizabeth II melambai kepada orang ramai yang membanjiri perkarangan
Istana Buckingham pada majlis penutup sambutan Jubli Platinum di London/FOTO AFP)

LONDON:, 6 Jun- Ratu Elizabeth II semalam, menutup tirai sambutan Jubli Platinum bersejarah dengan membuat satu lagi penampilan umum pada hari keempat yang juga hari terakhir perayaan dan berikrar mengekalkan pemerintahannya yang memecahkan rekod.

Baginda yang berusia 96 tahun dan mengalami masalah mobiliti itu muncul di khalayak umum pada Khamis lalu di balkoni Istana Buckingham selepas perarakan tentera 'Trooping the Color'.

Kerja keras pada permulaan perayaan memaksa baginda menarik diri daripada menyertai perkhidmatan kesyukuran di gereja Jumaat lalu serta perlumbaan kuda Epsom Derby dan konsert yang dipenuhi persembahan bintang terkenal kelmarin.

Orang ramai yang membanjiri ruang The Mall di luar istana bersorak ketika baginda muncul semula di balkoni petang semalam.

Ia disusuli perarakan awam mencerminkan perubahan dalam muzik, tarian, fesyen, budaya dan masyarakat sejak baginda menaiki takhta pada 1952.

Tampil berbusa rona hijau yang dipadankan dengan topi dan sarung tangan putih sambil menggenggam tongkat, baginda diapit tiga bakal Raja iaitu Putera Charles, Putera William dan Putera George.

(Tampil berbusa rona hijau yang dipadankan dengan topi dan sarung tangan putih sambil menggenggam tongkat,
baginda diapit tiga bakal Raja iaitu Putera Charles, Putera William dan Putera George/FOTO REUTERS)


Menerusi kenyataan dikeluarkan sejurus itu, baginda meluahkan rasa 'rendah hati dan sangat tersentuh'​​ dengan kehadiran bagi sambutan Jubli Platinum, diilhamkan oleh kebaikan, kegembiraan dan persaudaraan yang terbukti sejak kebelakangan ini'.

Baginda bertitah: "Walaupun beta mungkin tidak menghadiri setiap acara secara peribadi, namun hati beta bersama anda semua dan tetap komited untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada anda serta disokong keluarga beta," titah baginda.

'Pagean Jubli Platinum' semalam, bernilai £15 juta (RM82.29 juta), menampilkan kira-kira 10,000 orang, bermula dengan perarakan angkatan tentera dari United Kingdom dan Komanwel yang diketuai baginda.

Ramai melihatnya sebagai acara sekali dalam satu generasi untuk menandakan penutupan babak luar biasa dalam kehidupan British dan bagi mengenali simbol negara paling terkenal. - AFP

 

Berita berkaitan
Agong zahirkan ucapan tahniah kepada Ratu Elizabeth II
70 tahun memegang takhta, Ratu Elizabeth II paling lama berkhidmat

Media Baharu