fb fb fb fb fb

Rancangan EU kurangkan 15% penggunaan gas mula berkuat kuasa esok

(FOTO AFP)

BRUSSELS, 8 Ogos- Rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengurangkan sebanyak 15%penggunaan gas di seluruh blok itu bagi menangani krisis harga tenaga yang didorong oleh perang Rusia di Ukraine akan mula dikuatkuasakan esok.

Peraturan EU yang dipersetujui dua minggu lalu oleh blok 27 negara itu diterbitkan hari ini dalam warta pentadbiran rasmi Kesatuan Eropah.

"Memandangkan bahaya yang akan berlaku kepada keselamatan bekalan gas yang disebabkan oleh pencerobohan tentera Rusia terhadap Ukraine, peraturan ini harus berkuat kuasa sebagai perkara yang mendesak," katanya.

Matlamatnya adalah untuk EU meningkatkan rizab gas tepat pada masanya untuk musim sejuk yang sangat sukar. Isi rumah dan perniagaan Eropah sedang dihimpit oleh harga tenaga yang melambung tinggi dan pengurangan gas Rusia.

Peraturan itu antara lain menetapkan, negara-negara EU "akan menggunakan usaha terbaik mereka" untuk mengurangkan penggunaan gas sebanyak "sekurang-kurangnya 15% " antara Ogos tahun ini hingga Mac tahun depan, berdasarkan purata jumlah yang mereka gunakan dalam tempoh lima tahun sebelumnya.

(Rancangan EU kurangkan 15% penggunaan gas mula berkuat kuasa esok/AFP)

Sesetengah negara EU bagaimanapun telah terkeluar daripada mematuhi peraturan yang ketat tersebut, yang dalam apa juga keadaan disebut sebagai "pengurangan permintaan sukarela".

Walaupun EU tidak memasukkan gas Rusia dalam sekatannya terhadap Moscow susulan perang di Ukraine, Kremlin telah memotong bekalan secara drastik. -AFP

Media Baharu