fb fb fb fb fb

Seluruh cawangan 7-Eleven di Denmark ditutup susulan serangan penggodam

COPENHAGEN, 8 Ogos- Rangkaian kedai serbaneka Amerika Syarikat, 7-Eleven mengumumkan penutupan cawangannya di Denmark selepas serangan penggodam yang disyaki menyebabkan wang tunai mereka hilang.

"Kami mengesyaki bahawa kami telah menjadi mangsa serangan penggodam hari ini, Isnin, 8 Ogos", kata kumpulan yang menjalankan 175 kedai serbaneka di Denmark itu di Facebook.

"Kami tidak boleh menggunakan daftar tunai atau menerima pembayaran. Oleh itu semua cawangan kami ditutup sehingga kami mengetahui tahap serangan penggodam,' tambahnya.

Pengurus peruncit Denmark, Jesper Ostergaard berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba pada hari Isnin.

"Daftar tunai berhenti berfungsi di semua kedai. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini", katanya kepada stesen televisyen awam Denmark DR.

Tidak diketahui bila kedai akan dibuka semula.

"Belum ada jadual", kata Ostergaard.

Berpusat di Irving, Texas, 7-Eleven mempunyai 77,000 kedai di seluruh dunia yang beroperasi sama ada secara langsung atau bawah lesen. -AFP

(Seluruh cawangan 7-Eleven di Denmark ditutup susulan serangan penggodam/Google)

Media Baharu