fb fb fb fb fb

Wilayah Zaporizhzhia akan anjur referendum untuk sertai Rusia

(Seorang anggota tentera  berkawal berhampiran Logi Kuasa Nuklear Zaporizhzhia/REUTERS)

MOSCOW, 8 Ogos- Pihak berkuasa wilayah Zaporizhzhia di tenggara Ukraine akan meneruskan rancangan mengadakan referendum untuk menyertai Rusia.

"Saya telah menandatangani dekri untuk mula menggerakkan rancangan penganjuran referendum mengenai penyatuan semula wilayah Zaporizhzhia dengan Persekutuan Rusia," kata ketua pentadbiran Zaporizhzhia, Yevgeny Balitsky di media sosial.

Balitsky sebelum ini menyatakan undian boleh diadakan pada musim luruh.

Loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia yang terbesar di Eropah sejak kebelakangan ini menjadi sasaran serangan yang telah merosakkan beberapa struktur dan memaksa penutupan sebuah reaktor.

(Seorang lelaki sedang memohon pasport baharu di wilayah Zaporizhzhia/AFP)

Moscow dan Kiev saling menyalahkan antara satu sama lain tentang serangan itu yang meningkatkan kebimbangan berlakunya kemalangan nuklear.

Sebahagian besar Zaporizhzhia dan wilayah Kherson di selatan Ukraine berada bawah kawalan Rusia sejak minggu pertama kempen ketenteraan Moscow.

Kedua-duanya kini disepadukan secara paksa ke dalam ekonomi Rusia. -AFP

Media Baharu