fb fb fb fb fb

Rakyat Palestin solat Jumaat pertama Ramadan di sebalik runtuhan masjid

Rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan berhampiran runtuhan masjid yang musnah/Foto REUTERS

RAFAH, 16 Mac - Rakyat Palestin di Gaza menunaikan solat Jumaat pertama mereka pada Ramadan di luar runtuhan masjid yang diserang Israel.

Puluhan jemaah menunaikan solat dan membentangkan sejadah bersebelahan dengan Masjid al-Farouk di Rafah yang merupakan satu-satunya sisa daripada runtuhan masjid itu.

Perkataan "Masjid Al-Farouk" diletakkan di tepi khemah yang dijadikan sebagai tempat ibadat sementara.

Lebih sejuta rakyat Palestin kini bersesak-sesak di Rafah, mencari perlindungan daripada serangan tentera Israel yang telah memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Sementara itu, pengantara Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar gagal dalam cubaan mereka untuk mendapatkan gencatan senjata menjelang Ramadan yang bermula awal minggu ini.

Pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas berkata serangan Israel memusnahkan sepenuhnya 223 masjid dan memusnahkan sebahagian 289 lagi.

Serangan Israel juga merobohkan tiga gereja.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, serangan darat dan udara Israel sejak 7 Oktober tahun lalu membunuh lebih 30,000 orang. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN