fb fb fb fb fb

Berdepan masalah ekonomi, Cuba sokong pungutan suara perkahwinan songsang

Foto Reuters

(Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel mengundi di pusat mengundi untuk penetapan dasar
'Kod Keluarga' baharu di Havana, Cuba / Foto Reuters)

'HAVANA, 27 September– Rakyat Cuba mengundi untuk meluluskan perkahwinan sesama jantina dan pengambilan anak angkat dalam satu pungutan suara pada hujung minggu, kata pegawai pilihan raya negara komunis itu pada Isnin.

Pungutan suaran pada Ahad itu adalah untuk mengundi pakej; langkah yang akan menaikkan budaya “machista” yang telah lama dipegang di pulau itu dan membenarkan perkahwinan sesama jantina walaupun ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi yang semakin meruncing.

Jika diluluskan, “kod keluarga” setebal 100 muka surat itu akan meletakkan Cuba di barisan hadapan dasar sosial progresif di Amerika Latin, menghalalkan perkahwinan sejenis dan membenarkan pasangan sejenis mengambil anak angkat, serta menggalakkan perkongsian hak domestik yang sama antara lelaki dan perempuan.


( Kanak-kanak membantu pengundi membuang undi di pusat mengundi semasa
pilihan raya 'Kod Keluarga' baharu di Havana, Cuba/Foto Reuters)

Kebanyakan rakyat Cuba menyokong kod keluarga liberal itu. Menurut Majlis Pilihan Raya Nasional, keputusan awal selepas 66 peratus undi dikira memihak kepada perubahan yang disokong kerajaan.

"Lebih 3.9 juta rakyat memilih untuk mengesahkan kod itu (66.9%), manakala 1.95 juta menentang (33%)," kata Alina Balseiro Gutierrez, Presiden Majlis Pilihan Raya Nasional mengumumkan keputusan itu menerusi televisyen kendalian kerajaan pada Isnin.

"Kod keluarga" setebal 100 halaman menghalalkan perkahwinan sejenis dan kesatuan sivil, membenarkan pasangan sejenis mengambil anak angkat, dan menggalakkan perkongsian hak dan tanggungjawab domestik yang sama antara lelaki dan wanita.

Tiada pemerhati bebas pilihan raya Cuba, walaupun rakyat boleh memerhatikan kiraan di kawasan mereka. Laporan tentang kiraan undian mengikut daerah di media sosial kelihatan sepadan dengan keputusan rasmi.

Keputusan itu diumumkan semasa Diaz-Canel mempengerusikan mesyuarat tergempar berhubung persediaan pulau Caribbean untuk menghadapi taufan Ian.

Akaun Twitter rasmi menunjukkan presiden bersandar dan tersenyum mendengar berita itu. Presiden Cuba telah mengetuai kempen untuk menerima pakai kod tersebut.

Mengikut piawaian Cuba peratusan keluar mengundi pada Ahad lalu agak sederhana, dan 33% undi itu tidak besar di negara yang dikendalikan oleh komunis, di mana pungutan suara sebelum ini menyaksikan kerajaan hampir menerima sokongan sebulat suara. -REUTERS

Media Baharu