fb fb fb fb fb

Rakaman dron menunjukkan kemusnahan akibat puting beliung di Wynne, Arkansas

ARKANSAS, 2 April - Sebahagian besar bandar Wynne, di Cross County, Arkansas musnah akibat dilanda puting beliung.

Rakaman dron menunjukkan berpuluh-puluh bangunan termasuk kediaman dan sekolah musnah akibat ribut.

Sekurang-kurangnya empat mangsa dan berpuluh-puluh cedera dalam kejadian itu, lapor Ahli gabungan ABC KAIT, koroner daerah, Eli Long.

Menerusi catatan Facebook, Datuk Bandar Wynne, Jennifer Hobs, jumlah korban dan tahap kerosakan masih tidak diketahui.

Hobs berkata, anggota penyelamar cuba menyelamatkan mangsa terperangkap, membersihkan jalan dan membaiki harta benda yang rosak.


FOTO REUTERS)

Ribut ganas yang membawa angin kencang dan hujan lebat di bahagian Selatan dan Barat Tengah di Amerika Syarikat mengakibatkan 21 maut dan ramai lagi cedera, menurut pegawai dan laporan media.- REUTERS

Media Baharu