fb fb fb fb fb

Raja Thailand perkenan kabinet baharu

(Srettha Thavisin)

BANGKOK, 2 September- Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn hari ini memperkenankan anggota Kabinet baharu Perdana Menteri, Srettha Thavisin, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Perkara itu diumumkan dalam Warta Diraja pada Sabtu.

Ia sekali gus membawa negara itu selangkah lebih dekat kepada pentadbiran baharu yang berfungsi sepenuhnya selepas berbulan-bulan berdepan kebuntuan politik.

Kabinet baharu yang diketuai Srettha itu terdiri daripada 34 menteri.

Srettha sebagai Menteri Kewangan dan Anutin Charnvirakul iaitu bekas menteri kesihatan dari kerajaan pimpinan tentera terdahulu dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Jeneral Polis Patcharawat Wongsuwan, abang kepada bekas ketua tentera Prawit Wongsuwan yang terbabit dalam rampasan kuasa 2014 pula dilantik sebagai menteri sumber asli dan alam sekitar.

Penganalisis politik Yuttaporn Issarachai berkata, bahawa perintah diraja menunjukkan negara itu selangkah lebih dekat untuk mempunyai kerajaan baharu.

"Kabinet baharu perlu mengangkat sumpah taat setia di hadapan raja, dan mengisytiharkan dasar mereka di parlimen. Kemudian, ia akan dianggap berfungsi sepenuhnya," katanya.

Beberapa pengkritik telah menunjukkan persamaan kabinet baru dengan kabinet sebelumnya.

"Sesetengah orang berkata ia adalah kabinet lama dengan Pheu Thai di dalamnya. Ini adalah hasil daripada membentuk kerajaan dengan parti-parti saingan," kata Yuttaporn. -AFP

(Srettha Thavisin)

Media Baharu