fb fb fb fb fb

Polis Sri Lanka pecat pegawai main piano semasa serbuan

(FOTO AFP)

COLOMBO, 2 September – Pasukan polis Sri Lanka pada Jumaat telah memecat seorang pegawai yang menghiburkan penunjuk perasaan dengan persembahan piano selepas mereka menyerbu perkarangan kediaman presiden, tahun lepas.

Konstabel R. M. D. Dayaratne telah dikerahkan untuk membantu melindungi kediaman era penjajah pada hari ia diambil alih oleh penunjuk perasaan yang memaksa presiden ketika itu, Gotabaya Rajapaksa meninggalkan negara itu.

Sebaliknya, dia duduk di piano besar di perkarangan dan mendendangkan lagu kepada orang ramai.

(FOTO HIASAN)

“Dayaratne muncul di media sosial bermain piano ketika bangunan itu dirosakkan,” beritahu seorang pegawai kanan, yang enggan dikenali kepada AFP.

“Dia adalah Nero kami,” tambah pegawai itu, merujuk kepada maharaja Rom kuno yang dikatakan bermain biola semasa bandar itu terbakar dalam kebakaran selama seminggu.

Pihak berkuasa polis membuat kesimpulan bahawa konstabel itu telah melanggar disiplin selepas siasatan yang panjang.

Rajapaksa dituduh menerima rasuah dan salah urus yang mencetuskan kemelesetan, sekali gus mengakibatkan kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang teruk.

Dia terpaksa mendapatkan perlindungan sementara di Singapura, di mana dia mengumumkan peletakan jawatannya, walaupun dia telah kembali ke Sri Lanka.–AFP

Media Baharu