fb fb fb fb fb

Kempen PRK Pulai, tiada laporan berhubung 3R diterima setakat ini

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Ni Ching / FOTO BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 2 September - Tiada sebarang laporan berhubung kesalahan berkaitan 3R (kaum, agama dan institusi diraja) terutama di media sosial diterima semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram, setakat ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Ni Ching berkata jawatankuasa khas akan terus melakukan pemantauan sehingga tempoh berkempen tamat.

(FOTO BERNAMA)

"Saya percaya bahawa banyak dialog boleh diadakan,perlu diadakan supaya kita boleh faham, apa sempadan kebebasan bersuara dan juga kebebasan untuk kita sebar informasi," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pemasangan peranti internet Starlink, di sini.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung beberapa portal atau laman web yang dilaporkan disekat oleh MCMC, beliau berkata tindakan itu diambil jika terdapat unsur-unsur berita palsu dalam portal berkenaan.

Media Baharu