fb fb fb fb fb

India lancar misi pertama ke matahari pula

(Aditya-L1 dilancarkan di Sriharikota, India/AFP)

SRIHARIKOTA, 2 September- India melancarkan program angkasa lepas ke matahari hari ini, seminggu selepas kejayaan pendaratan tanpa pemandu di bulan.

Kapal angkasa dinamakan sebagai Aditya-L1 dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di sini sejurus sebelum tengah hari, dengan siaran langsung menunjukkan ratusan penonton bersorak riang.

"Tahniah kepada saintis dan jurutera kami.

"Usaha saintifik tanpa jemu kami akan diteruskan untuk membangunkan pemahaman yang lebih baik tentang alam semesta," kata Perdana Menteri, Narendra Modi di X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Aditya-L1 membawa roket PSLV XL seberat 320 tan akan mengembara sejauh 1.5 juta kilometer (930,000 batu) untuk sampai ke destinasinya - hanya satu peratus daripada jarak yang jauh antara bumi dan matahari.

Misi terbabit membawa instrumen saintifik untuk memerhati lapisan terluar matahari menerusi perjalanan selama empat bulan.

Jika berjaya, misi terbaharu daripada Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) itu bakal menjadi misi pertama dari negara Asia yang ditempatkan di orbit sekitar matahari.

Amerika Syarikat dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah menghantar banyak penerokaan ke pusat sistem suria, bermula dengan program Pioneer NASA pada tahun 1960-an.

Jepun dan China juga telah melancarkan misi pemerhatian suria mereka ke orbit bumi. -AFP

(Aditya-L1 dilancarkan di Sriharikota, India/AFP)

Media Baharu