fb fb fb fb fb

Lelaki tembak mati ibu beruang depan dua ekor anak cetus kemarahan

(FOTO REUTERS)

SAN SEBASTIANO DEI MARSI, 2 September- Pembunuhan seekor beruang di depan dua ekor anaknya berhampiran taman negara Itali telah mencetuskan kemarahan dan kecaman orang ramai.

Beruang malang itu dibunuh lewat Khamis lalu di pinggir bandar sini, dekat Taman Nasional Abruzzo, Lazio, dan Molise.

Pihak taman negara turut berkongsi gambar tular haiwan terbabit dalam Facebooknya, semalam.

Polis berkata, suspek lelaki sudah dikenal pasti.

Ibu beruang dikenali sebagai 'Amarena' (ceri hitam) bersama anak-anaknya dikatakan sering dilihat bersiar-siar di jalan-jalan berhampiran taman tersebut.

Taman Negara Abruzzo, Lazio dan Molise adalah rumah kepada kira-kira 50 beruang coklat, spesies yang ditemui di tengah Itali.

Kegemparan mengenai tembakan beruang itu berikutan pertengkaran mengenai insiden pada April lalu apabila seekor beruang membunuh seorang pelari berusia 26 tahun di utara negara berkenaan.

Kematian itu mencetuskan 'pertempuran' undang-undang antara pihak berkuasa tempatan yang mahu membunuh beruang terbabit serta beruang lain yang dianggap berbahaya, manakala kumpulan alam sekitar ingin menyelamatkan mereka. -Reuters

(FOTO REUTERS)

Media Baharu