fb fb fb fb fb

Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza

Bantuan itu terdiri daripada 40 tan produk perubatan, termasuk peralatan untuk merawat kecederaan luka terbakar serta kecemasan pembedahan dan traumatologi, serta ubat-ubatan penting untuk dewasa dan kanak-kanak.

RABAT, 25 Jun- Raja Maghribi Mohammed VI telah mengarahkan pelaksanaan operasi bantuan perubatan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza, lapor agensi berita Maghreb Arabe Press (MAP) yang memetik Kementerian Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi.

Bantuan itu terdiri daripada 40 tan produk perubatan, termasuk peralatan untuk merawat kecederaan luka terbakar serta kecemasan pembedahan dan traumatologi, serta ubat-ubatan penting untuk dewasa dan kanak-kanak, menurut kenyataan kementerian.

Raja telah bersetuju untuk menanggung sebahagian besar daripada bantuan itu daripada dana peribadi baginda.

Bantuan Maghribi akan dihantar melalui laluan darat yang sama digunakan untuk operasi bantuan makanan yang dilaksanakan atas arahan baginda semasa Ramadan lepas.

Operasi kemanusiaan berskala besar ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan baginda terhadap perjuangan Palestin. - BERNAMA-MAP

ZEHRA BINTI ZAMBRI