fb fb fb fb fb

Ladang ayam kesepuluh di Melbourne dijangkiti selesema burung

Pihak berkuasa Victoria berkata, jangkitan baharu itu berada dalam zon kuarantin yang telah disediakan di sekitar ladang yang terjejas/ REUTERS

CANBERRA, 25 Jun- Penyakit selesema burung yang patogenik telah merebak ke ladang ayam kelapan berhampiran Melbourne.

Menurut kerajaan negeri Victoria di Australia hari ini, ia menjadikan jumlah kemudahan yang dijangkiti di negara itu kepada 10.

Australia sedang berhadapan dengan tiga wabak selari selesema burung iaitu dua di Melbourne dan satu di Sydney.

Setiap satu melibatkan strain virus yang berbeza, tiada satu pun daripada jenis H5N1 yang telah menjangkiti
yang telah merebak melalui populasi burung dan mamalia malah kepada manusia di seluruh dunia.

Pihak berkuasa Victoria berkata, jangkitan baharu itu berada dalam zon kuarantin yang telah disediakan di sekitar ladang yang terjejas.

Selesema burung itu kebanyakannya melanda ladang telur.

Kira-kira 1.5 juta burung telah atau akan dibunuh untuk mengawal penyebaran virus itu.

Setakat ini tidak ada kekurangan telur di kedai.

Selesema burung merebak ke haiwan ternakan daripada burung liar.

Jangkitan pada  tahun 2024 adalah wabak kesepuluh di Australia sejak 1976.

Setiap satunya telah dibendung dan dihapuskan, menurut kerajaan.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI